Home / Tips Bisnes / 3 SEBAB KENAPA PINJAMAN PERNIAGAAN ANDA TIDAK DILULUSKAN OLEH PIHAK BANK

3 SEBAB KENAPA PINJAMAN PERNIAGAAN ANDA TIDAK DILULUSKAN OLEH PIHAK BANK

 

 

100746425-bank-loan-1910x1000

 

 

PUNCA 1

ALIRAN TUNAI YANG LEMAH

 

Bank akan memberi pinjaman sekiranya aliran tunai perniagaan mempunyai wang yang cukup untuk membuat bayaran pinjaman bulanan yang meliputi sewa, gaji, overhead tanggungan perniagaan, perbelanjaan dan kos lain. Walau bagaimanapun, banyak perniagaan kecil mempunyai masalah dalam ‘mencantikkan’ aliran tunai untuk mengekalkan wang tunai yang mencukupi di akaun bank.

Akibatnya rekod pada penyata akaun perniagaan gagal meyakinkan pihak bank dengan kredibiliti dan keupayaan mereka dalam kemampuan membayar balik pinjaman.

Walaupun sebenarnya perniagaan mereka menguntungkan, namun rekod yang lemah dan penjadualan kewangan dalam perniagaan yang keluar masuk tanpa kawalan dan tidak sistematik, penyata kewangan mereka gagal meyakinkan pihak bank.

Pemilik perniagaan perlu memahami berapa banyak wang yang mengalir melalui operasi mereka. Jika lebih banyak wang akan keluar daripada wang masuk, mereka perlu membuat penyelarasan dari penjadualan pembayaran setiap bulan.

Jika perniagaan anda mempunyai aliran tunai yang lemah , anda perlu berusaha ke arah mengurangkan perbelanjaan atau mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan sebelum memohon untuk pinjaman.

Walaupun aliran tunai masih menjadi satu cabaran bagi banyak perniagaan kecil, namun bagi mereka yang telah menghadiri program yang dianjurkan oleh Byond Success untuk mempelajari ilmu yang betul dalam merangka kewangan perniagaan, 8 daripada 10 peserta yang hadir telah berjaya membuat penyelarasan daripada negative cashflow kepada positive cashflow.

 

cash-flow

Salah anggap ramai orang terhadap cashflow yang dinilai pihak bank. Rekod keluar masuk dan aktif bank boleh luluskan permohonan pinjaman. Kononnya bila ada aliran keluar masuk aktif dalam akaun, maknanya boleh lepas loan. Ini salah. Bank tidak menilai walaupun duit yang masuk berjuta-juta tapi setiap akhir bulan baki tinggal RM2.50!

 

 

 

PUNCA 2

TIDAK MENYEDIAKAN DOKUMEN YANG LENGKAP DAN KUKUH

 

Diantara sebab utama, 9 daripada 10 pinjaman yang tidak diluluskan oleh pihak bank adalah kerana pemilik tidak bersedia dengan dokumen yang lengkap dan dokumen sokongan yang kukuh.

Banyak perniagaan kecil dan sederhana tidak arif mengenai proses permohonan dan percaya mereka boleh dapat pinjaman bank hanya dengan mengisi dokumen permohonan sahaja. Segala penyediaan dokumentasi tidak mengikut spesifikasi pihak bank sering menjadi faktor kenapa bank ‘malas’ mahu meluluskan pinjaman anda.

 

kepala-botak

Sebelum memohon untuk pinjaman bank, perniagaan perlu mempunyai perancangan dokumen perniagaan yang bertulis, penyata kewangan atau unjuran, laporan kredit peribadi dan perniagaan, penyata cukai dan penyata bank, dan dokumen sokongan yang lain.

Mereka juga harus mempunyai salinan dokumen undang-undang yang berkaitan termasuk artikel yang diperbadankan, kontrak, pajakan, dan mana-mana lesen dan permit yang diperlukan untuk perniagaan tersebut beroperasi. Namun setiap permohonan adalah berbeza mengikut dokumen yang diperlukan.

Ilmu mengenai dokumentasi yang berkaitan bagi mencantikkan profile pinjaman syarikat turut diajar dalam program yang dianjurkan oleh Byond Success bagi membantu para peniaga mempunyai ilmu yang betul dalam memastikan bank dapat meluluskan pinjaman dengan mudah selain penstrukturan perniagaan anda apabila mahu menambah cawangan dan peluang membesarkan perniagaan anda dengan mudah.

Dokumen yang lengkap bukan sahaja mampu memudahkan pihak bank untuk menguruskan pinjaman perniagaan anda, malah sebenarnya ia membantu pihak bank untuk lebih yakin bahawa anda telah benar-benar bersedia untuk kredibiliti tersebut melalui sistem rekod yang lebih sistematik dan pengurusan dokumen yang sangat teratur.

Malah, ia akan memudahkan anda sebagai pemilik perniagaan untuk mengembangkan perniagaan anda dengan lebih mudah pada masa yang akan datang. Di Byond Success, kita mendedahkan segala ilmu yang berkaitan dengan pengurusan kewangan perniagaan dengan sistematik dan pengurusan dokumen yang teratur.

Tujuan bagi memastikan perniagaan anda terpaksa berkembang, dan menjadi perhatian pihak bank untuk merayu-rayu memberikan anda pinjaman kewangan.

“Rekod yang teratur memudahkan pengurusan pihak bank. Pengurusan aset dan liabiliti yang sistematik. Pengurusan akaun dan kewangan yang terkawal. Jelas dengan perkembangan perniagaan secara spesisfik. Penambahbaikan dalam peningkatan sistem. Pengurusan cukai yang efisien.”

Semua ini memudahkan urusan menambah cawangan dan membesarkan perniagaan.

 

PUNCA 3

RISIKO PIHAK BANK

 

Kebanyakan perniagaan kecil mendapatkan pinjaman yang tidak melibatkan jumlah wang yang sangat besar dengan bank. Walau bagaimanapun, bank mahu menaja jamin pinjaman lebih besar kerana ia lebih menguntungkan untuk mereka disamping dengan jaminan kekuatan kredibiliti perniagaan dalam kapasiti membayar balik pinjaman dengan mudah.

Dalam erti kata mudah, perniagaan yang kecil dilihat begitu berisiko untuk diberikan pinjaman kerana mereka tidak mempunyai kapasiti yang lebih besar yang lebih menguntungkan di mata pihak bank.

 

Pemberian pinjaman kepada perniagaan kecil adalah berisiko untuk bank. Sejak krisis kewangan yang berlaku sebelum ini, banyak bank telah menaikkan piawaian pinjaman mereka untuk mengelakkan mengambil risiko tersebut mampu merugikan mereka.

Sesetengah pemilik perniagaan kecil mempunyai nasib yang lebih baik mendapatkan pinjaman dari perbadanan atau agensi tempatan, di mana mereka mempunyai hubungan dengan kakitangan dan saluran yang khusus. Ini merupakan peluang yang begitu tipis bagi sesetengah perniagaan untuk mendapatkan kemudahan sebegini.

Justeru itulah latar belakang jenis perniagaan yang didaftarkan juga menjadi salah satu punca dan faktor kenapa pihak bank begitu memilih dan mempercayai kredibiliti kita. Berbanding perniagaan yang didaftarkan secara Enterprise, syarikat yang berdaftar secara Sdn Bhd lebih dilihat mempunyai kredibiliti yang lebih besar di mata pihak bank.

 

orang-kecik

 

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu bagi anda untuk mengenalpasti punca-punca dan kesilapan kita yang mana pinjaman perniagaan kita tidak diluluskan oleh pihak bank.

About byond

Check Also

“KEJAYAAN DIBENTUK OLEH ACUAN GURU”

“Kenapa nak memilih jalan jauh sedangkan ada jalan yang lebih cepat iaitu dengan memiliki guru …