Home / Tips Bisnes / BAGAIMANA MENGIKLANKAN PEKERJA DAN DI MANA MEREKA BERADA

BAGAIMANA MENGIKLANKAN PEKERJA DAN DI MANA MEREKA BERADA

iklan-pekerja

 

 

Pasukan Itu Terbina Daripada Beberapa Sebilangan Individu Yang Saling

Memberi Dan Menerima

 

Setiap manusia mempunyai personaliti yang berbeza yang mana mampu memberi impak yang berbeza melalui prestasi kerja.

Setiap karakter bagi tugas yang dimohon mestilah sekurang-kurangnya selaras kepada pemilihan pekerja yang betul dalam mengendali tugas yang bakal digalas.

Isunya, kita kadang-kadang main tembak saja iklan dengan harapan semua orang nampak jawatan itu segera mungkin. Kita tak mahu bazir masa yang lama untuk mendapat pekerja.

Sesi temuduga dan proses menyaring akan mengambil masa sekiranya kita main iklan tembak-tembak.

Sama seperti konsep marketing, yang sampai kepada orang yang betul pada masa yang betul dan lokasi yang betul. Ianya merupakan satu peranan penting untuk anda faham sebelum mula mengiklankan kerja dan mencari di mana mereka berada.

Dalam usaha untuk mengenal pasti di mana mereka berada, mari kita sama-sama jawab soalan di bawah. Proses ini bakal membantu anda dalam mengenalpasti kesesuaian tugas yang anda perlu iklankan.

 

 

 

  • Adakah anda perlu mencari calon yang berada dalam syarikatatau anda mesti mendapatkannya di luar syarikat?
  • Adakah anda mempunyai calon yang sesuai yang mungkin sedang bekerja dengan anda?
  • Adakah kita mempunyai database calon-calon yang memohon kerja terdahulu?
  • Adakah pekerja kita yang sedia ada sekarang mempunyai kenalan yang sesuai untuk tugas yang dipohon? (employee referral)
  • Adakah kita mempunyai contact pekerja terdahulu yang pernah memohon, rangkaian alumni, atau perkhidmatan professional untuk pencarian pekerjaan.

 

Ini adalah soalan yang bakal membantu anda dalam pencarian yang sesuai dengan jawatan yang anda iklankan. Ini adalah diantara cadangan strategi untuk mengiklankan jawatan kerja tersebut.

Banyak lagi source lain yang mungkin lebih berkesan dan efisien bergantung kepada keperluan dan jawatan yang dipohon.

 

 BAGAIMANA CARA UNTUK MENGIKLANKAN

Dalam proses mengiklankan jawatan kerja adalah sangat penting bagi kita memastikan bahawa lokasi dan media iklan itu sampai kepada orang yang betul.

Setiap jawatan yang telah kita rangka tadi mempunyai karakter dan sifat yang berbeza.

Sekiranya kita mencari orang yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran yang lebih banyak, mungkin anda perlu cari latar belakang yang berkaitan dengan bidang.

 

 

 

PERTAMA: JOBSTREET

Antara contoh mudah adalah melalui jobstreets.com.

Sekiranya melalui pengiklanan kita melalui media internet. Selain itu, anda boleh menggunakan perkhidmatan Job Hunter yang menyediakan khidmat ini untuk terus memburu orang yang mempunyai kelayakan dan spesifikasi tugas yang kita mahukan.

Namun mungkin memerlukan kos yang agak besar. Sekiranya anda telah benar-benar bersedia untuk menanggung kos belanja, anda boleh teruskan.

Meskipun begitu bagi bisnes yang startup, dan masih dalam peringkat growing, perkara ini mungkin merupakan satu isu yang perlu ditimbal balik berdasarkan budget anda.

jobstreet

 

 

KEDUA: MUDAH.MY

 

Diantara pilihan yang sesuai adalah mudah.my sekiranya melalui internet. Anda juga boleh menyertai Job Fair untuk mencari fresh graduates yang mahukan pengalaman.

Mengambil calon seperti ini tidak memerlukan kos yang besar. Tugas dan tanggungjawab juga perlu selaras dengan kelayakan yang dikehendaki.

Banyak option lain yang anda boleh lakukan antaranya pengiklanan melalui surat khabar, atau menampal iklan di kawasan tertentu. Namun perlu diingatkan, adakah disitu lokasi yang strategik memburu orang yang betul untuk tugas dan jawatan itu.

Sekiranya berkesan dan disitulah mereka berada baru kita teruskan. Manakala setiap jawatan yang dipohon mestilah relevan dengan tangga gaji semasa.

mudah

 

 

Sebuah pasukan yang hebat adalah apabila setiap ahlinya jelas dengan haja tuju dan berupaya menyumbangkan kemahiran atau kepakaran untuk mencapai matlamat bersama.

 

Semoga sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu anda mendapatkan pekerja atau pasukan yang lebih baik untuk memajukan bisnes syarikat anda.

About byond

Check Also

“KEJAYAAN DIBENTUK OLEH ACUAN GURU”

“Kenapa nak memilih jalan jauh sedangkan ada jalan yang lebih cepat iaitu dengan memiliki guru …