Home / Tips Bisnes / BAGAIMANA MENTALITI SEORANG PENGURUS (Adaptasi daripada Kisah Kak Senah)

BAGAIMANA MENTALITI SEORANG PENGURUS (Adaptasi daripada Kisah Kak Senah)

 

CEO_20160808_NikkiFogdenMoore_MindsetMojo

 

Usahawan yang bermentalitikan pengurus ini mempunyai pemikiran yang berbeza dengan pembuat. Banyak perniagaan mula berkembang sekiranya pemilik bisnes shifting ke mentaliti level ini. Kalau mentaliti pembuat tadi cenderung berfikir cara nak membuat sesuatu, mentaliti pengurus ini pula cenderung untuk menguruskan perniagaannya.

 

Usahawan dalam mentaliti pengurus ini selalunya mempunyai sistem dan mempunyai pekerja. Mereka dah faham satu konsep. Kita bukan superman. Mustahil kita boleh buat semua perkara. Kita perlukan orang lain untuk membantu perkara yang kita tak mampu buat.
.

.
Inilah cara fikir mentaliti begini. Usahawan di tahap ini akan mula berfikir untuk mengembangkan perniagaanya. Beliau akan lebih berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang berlaku dalam perniagaannya. Beliau mula mengemaskini sistem, mula nak kawal budget keluar masuk.

 

Saya nak kaitkan kisah Kak Senah tadi. Sekiranya Kak Senah mula menukar mentalitinya kepada mentaliti pengurus, pasti beliau boleh menyelamatkan beberapa tragedi hitam yang melanda hidupnya.

 

Bagaimana?

 

Jika Kak Senah mula mengambil pekerja untuk membantunya membakar kek. Kemudian, beliau mula menyediakan dan mengajar pekerjanya buat kek yang gebu sepertimana dia buat. Sudah tentu beliau akan ada masa untuk pertingkatkan lagi sistem kewangan. Waktu itu, bila beliau sudah ada pekerja yang boleh buat kek macam dia, dia pula ada masa nak pergi ke kelas belajar macam mana nak pasarkan perniagaannya itu.

 

Beliau tak mungkin tahu semua bab perihal pemasaran. Tapi, setelah beliau belajar dan berguru, pastinya beliau mampu mengambil seorang pelajar praktikal atau upahkan anak saudaranya buka akaun Facebook, dan buat Page Bakeri Senah dan mula buat FB Ads. Daripada situ, Kak Senah dapat tempahan online atau buat kempen masa musim perkahwinan.

 

Saranan kedua, Kak Senah boleh buka sistem agen untuk ambil tempahan di beberapa buah kampung sebelah. Pastinya beliau sudah ada masa nak mengaturkan sistem untuk membesarkan perniagaannya.

 

Jika Kak Senah dah ada pekerja yang boleh buat kek, dan dia tak perlu lagi sibuk membakar kek. Beliau sudah pasti mempunyai banyak masa nak fikirkan macam mana nak kembangkan bisnesnya dengan meningkatkan produktiviti keknya dari semasa ke semasa. Daripada beratus biji kek kepada beribu biji kek.

 

Waktu itu, sudah pasti beliau takkan menolak tawaran 5000 biji kek itu. Beliau sudah pastinya sudah bersedia dengan kos dan budget dengan lebih besar untuk memikirkan bagaimana nak besarkan lagi bisnesnya. Justeru mungkin sudah tiba masa untuk beliau buka lagi cawangan lain dengan menawarkan franchise atau licensing.

 

Waktu itu, Jika Kak Senah belajar bagaimana nak menguruskan pekerjanya, sudah tentu beliau dapat mengurangkan risiko ditipu pekerjanya, dan beliau boleh tambah banyak lagi pekerja untuk membantu beliau dalam operasi perniagaannya.

 

Beliau pasti ada masa dengan keluarganya. Beliau pasti ada masa nak pergi bercuti dengan suami dan anak-anak dan tak perlu hari-hari pergi kedai membakar kek. Isu utama pokok pangkalnya, bagaimana dengan mentaliti kita?

 

Ini kisahnya kalau Kak Senah pergi belajar. Kalau beliau tak pergi belajar, macam mana nak pertingkatkan perniagaannya?

 

Ramai daripada kita ini adalah Kak Senah yang selalu langgar dinding dalam perniagaan. Rasa macam tahu semua benda. Malas nak belajar, berkira-kira nak pergi kelas. Daripada pergi kelas bayar mahal-mahal, baik beli kereta atau pun jam tangan baru. Itulah pasal kereta kena tarik. Kita tak belajar bagaimana nak bagi bank suka dengan kita sampai kejar kita nak bagi loan!

 

Kita tak pergi belajar bagaimana nak pertingkatkan perniagaan kita supaya senang nak buka cawangan. Kita tak pergi belajar bagaimana nak uruskan pekerja supaya kita tak lagi pening kepala. Setiap bulan pekerja keluar masuk. Itu kos lagi. Dalam kelas Byond Success, kita ada menyediakan kelas seumpama ini untuk membantu pemilik perniagaan tentang sistem dan pengurusan bagi membantu mereka kembangkan bisnes.

 

Banyak usahawan yang belajar ilmu ini sudah buka cawangan kedai, dah tambah pekerja, dah ada masa pergi bercuti. Jualan meningkat dan yang paling penting, bijak mengawal risiko dalam perniagaan mereka. Keluar daripada situasi bankrupt, keluar dari black listed bank dan lepas daripada dikejar Along.

 

Inilah jawapan yang kita mahukan sebagai seorang pengurus bisnes.

 

 

SumberGrafik

About byond

Check Also

“KEJAYAAN DIBENTUK OLEH ACUAN GURU”

“Kenapa nak memilih jalan jauh sedangkan ada jalan yang lebih cepat iaitu dengan memiliki guru …