Home / Tips Bisnes / “KEJAYAAN DIBENTUK OLEH ACUAN GURU”

“KEJAYAAN DIBENTUK OLEH ACUAN GURU”

cikgu

“Kenapa nak memilih jalan jauh sedangkan ada jalan yang lebih cepat iaitu dengan memiliki guru itu sendiri. Gurulah menjadi acuan yang membentuk orang bisnes itu sendiri.”

 

Rupa-rupanya rahsia kejayaan sebenar pemilik bisnes yang serius dalam bisnes mereka adalah mereka mempunyai guru. Guru, mentor, sifu atau apa jua saja istilah-istilah yang berkenaan dengan seorang guru. Mereka inilah orang-orang yang membentuk siapa usahawan itu sebenarnya.

Siapa orang yang berniaga?

Siapa orang yang berbisnes?

Semua itu dibentuk oleh siapa yang dipilih. Ramai orang salah faham. Dia ingat tak ada guru, tak payah masuk kelas, tak payah pergi seminar. Dengan anggapan “Aku dah boleh berjaya sendiri.

Itu tidak salah sama sekali. Tindakan mereka buat itu juga betul tetapi kenapa nak pilih jalan jauh sedangkan ada jalan yang lagi cepat?

Gurulah menjadi acuan yang membentuk orang bisnes itu sendiri. Ramai orang ingat sudah cari satu guru dia sudah berjaya. Pencarian guru itu sendiri tidak pernah berakhir seperti kita mencari sebuah ilmu. Dalam Byond Success kita ada buat satu formula yang direka sebagai formula “B.Y.O.N.D”.

Pertama tanda menuju kejayaan dimuakan dengan huruf ‘B’ yakni BERGURU.

Ada empat prinsip guru yang kita kena miliki. Guru pertama yang kita wajib ada adalah guru berkaitan dengan motivasi dan keberanian.

 

GURU MOTIVASI DAN KEBERANIAN

Tuan Abdul Basit founder kepada syarikat Byond Success Sdn Bhd sebelum beliau mencipta legasi di dalam dunia pengurusan bisnes dan dokumentasi pernah melalui beberapa fasa mencari guru yang sesuai untuk bidang kerjayanya.  Beliau menceritakan beberapa cebisan memorinya ketika di sesi kami interview beliau.

“Masa mula-mula hadir ke program Dr Azizan Osman, saya pernah dengar nama beliau pada tahun 2010 dan 2011 tapi saya tidak pernah hadir mana-mana kelas beliau sehinggalah pada 2012 saya didaftarkan oleh kawan saya Ismah Derani. Dialah orang pertama yang mendaftarkan nama saya ke kelas Dr Azizan Osman. Beliau telah membayar yuran tersebut. Saya hadir kerana rasa tanggungjawab telah dibayarkan yuran.

Ketika saya hadir ke program Dr Azizan Osman, saya melihat dunia dengan cukup berbeza. Saya melihat kenapa tak pernah ada orang yang boleh push saya. Orang yang boleh bagi tahu di mana sebenarnya kemampuan diri saya yang sebenar. Dimana kapabiliti sebenar yang boleh saya capai. Baru saya faham, rupa-rupanya untuk seorang yang berbisnes itu berjaya dia perlu memiliki motivasi yang tinggi.

Dia memerlukan keberanian yang cukup luar biasa dan untuk ada ciri-ciri begitu. Sememangnya ada orang boleh buat sendiri, tapi ramai orang perlukan guru yang membimbing. Maka, ketika saya hadir ke kelas Dr Azizan Osman pertama pada bulan 11 tahun 2012 di siri Seminar Hidup Luar Biasa yang membawa kepadanya Seminar Jutawan Industri.

Nah, disitulah saya menyedari bahawa Dr Azizan Osman adalah guru yang membangkitkan keberanian saya. Beliau adalah guru yang membangkitkan motivasi saya sebagai seorang yang berkemampuan tinggi. Berkebolehan tinggi.

Tidak semua orang boleh menjadi seperti Dr Azizan Osman. Ada orang cuba meniru seperti Dr Azizan Osman. Pada saya Dr Azizan tetap Doktor Azizan. Tidak ada Dr Azizan yang kedua. Impak yang berlaku adalah beliau telah banyak menunjukkan potensi sebenar diri saya sebagai seorang yang daripada biasa-biasa dan tidak ada apa-apa langsung kepada orang yang memiliki rangkaian perniagaan.

Justeru, beliau telah membangkitkan keberanian saya yang sebenar.

Kenapa saya boleh termotivasi dan mendapat keberanian daripada Dr Azizan Osman? Ini kerana saya melihat kisah dia seperti kisah saya. Daripada kecil saya susah. Ayah saya bukan dalam kalangan berada. Ayah saya bukan dalam kalangan orang yang hebat cuma menjual nasi lemak di tepi jalan.

Dr Azizan berkongsi bagaimana beliau bangkit dan membantu ramai orang terutama untuk orang yang memulakan bisnes. Saya termotivasi dan mendapat keberanian bahawa saya mesti mengubah hidup saya. Saya terkesan dan kagum dengan Dr Azizan adalah kerana beliau buat apa yang beliau nak buat. Beliau buat apa yang orang lain tak nak buat.

Beliau laksanakan yang orang lain takut nak laksanakan. Beliau telah membantu ratusan ribu orang dalam dunia bisnes. Beliau telah memberi ratusan ribu motivasi dan keberanian pada ramai manusia termasuk saya sendiri.

 

dr-azizan

 

Kisah paling terkesan ketika saya masuk kelas beliau adalah di Intensif Magnet Kekayaan dan Kebahagiaan (IMKK) pada bulan Februari pada tahun 2013 di Setia Alam Convention Centre (SACC). Itulah pertama kali saya menghadiri seminar IMKK dan setelah itu saya menghadiri IMKK sehingga sebelas kali. Bagaimana saya tidak terkesan dengan Dr Azizan, ini kerana di dalam IMKK itu Dr Azizan mencungkil sebenarnya apa yang ada di dalam diri saya.

“Apa sebenarnya matlamat hidup saya?”

“Apa sebenarnya matlamat keluarga saya?”

“Apa sebenarnya matlamat dalam bisnes saya?”

Beliau pernah beritahu satu ayat yang saya ingat sampai sekarang,

“Kalau kamu tidak ada keberanian dalam hidup, mana mungkin kamu menjadi manusia yang berguna pada orang lain.’’

Saya menyedari bahawa saya memerlukan keberanian dan motivasi untuk hidup saya. Justeru itu saya pergi ke IMKK sampai 11 kali. Ini untuk memastikan saya dapat motivasi dan keberanian itu sendiri. Dr Azizan juga telah memberikan inspirasi kepada saya melalui hasil kejayaan anak murid beliau. Dr Azizan juga menemukan saya dengan beberapa orang guru-guru lain yang ada di Malaysia.

Beliau telah membuka sayap keberanian dan menyebabkan saya melebarkan sayap dengan mencari beberapa lagi jenis guru-guru yang diperlukan di dalam bisnes yang diceburi.

Saya menyedari keberanian dan motivasi menyebabkan saya mencapai RM1 juta dalam tempoh 9 bulan. Memiliki wisma sendiri, mempunyai 5 buah kedai, mempunyai puluhan pekerja. Namun saya terlupa dalam bisnes perlu ada pengurusan dan sistem. Dari situ, saya mula pencarian guru yang bagus dalam pengurusan.

 

GURU PENGURUSAN DAN BISNES

Kita pergi kepada guru pengurusan dan bisnes. Guru pengurusan dan bisnes sebenarnya adalah guru yang mengajar aspek urus bisnes. Dari segi aspek urus syarikat. Aspek bagaimana untuk kembangkan bisnes sekaligus mengembangkan empayer.

Ini kerana ilmu pengurusan adalah ilmu dunia yang berbeza. Para mahasiswa dan mahasisiwi tidak diajar tentang buat duit. Sebaliknya, mereka diajar untuk mengurus duit. Di universiti kita belajar untuk urus duit.

Dunia buat duit dan dunia urus duit. Betul kita mungkin kuasai ilmu buat duit, tapi belum tentu kita dapat menguasai ilmu urus duit. Di universiti mengajar segala-galanya. Betul. Di universiti itu menyediakan orang-orang yang akan menguruskan bisnes kita. Mungkin mereka tidak pandai buat duit, tapi merekalah orang yang pandai urus duit. Mereka diajar untuk uruskan syarikat kita.

Mereka diajar untuk uruskan bisnes kita. Maka pensyarah-pensyarah yang mengajar kita   sebenarnya ilmu yang mereka ajar itu adalah ilmu yang paling bernilai.

 

Tuan Abdul Basit menceritakan pengalaman beliau dalam mencari ilmu pengurusan dan sistem. Maka di dalam pencarian itu berjumpalah beliau dengan Puan Ainon Mohamad yang banyak berkongsi tentang aspek pengurusan bisnes. Diterjemahkan dengan situasi semasa.

Ketika mula kenal dengan dunia Facebook pada 2010, antara orang paling awal yang beliau kagumi adalah Puan Ainon Mohamad. Setiap posting ilmu bisnes beliau mempunyai ilmu pengurusan bisnes dan sistem yang cukup padat dan boleh dipraktik serta merta.

Puan Ainon Mohamad pernah bertembung di dalam lift secara tidak sengaja. Lalu Puan Ainon Mohamad bertanya pada Tuan Abdul Basit,

“Tuan bisnes apa sekarang?” Tanya beliau. Beliau tidak kenal saya waktu ini.

“Bisnes printing sekarang puan.” Jawab saya teruja.

“Segera tinggalkan bisnes tersebut.” Tiada tanda wajah beliau bergurau.

“Err.” saya terkedu mendapat jawapan tersebut.

Masa dalam lift terlalu cepat, pintu lift terbuka dan Puan Ainon segera tinggalkan saya ketika itu dalam keadaan yang terpinga-pinga. Segera tinggalkan bisnes, bukan bermaksud berhenti buat bisnes.

 

Ada 3 maksud yang kita boleh petik daripada kata-kata Puan Ainon Mohamad:

  1. Cari pekerja untuk buat kerja, supaya kita dapat tinggalkan bisnes dan buat kerja hakiki orang bisnes.
  2. Tinggalkan bisnes segera bermaksud cari sistem segera, baru bisnes tersebut boleh dilepaskan.
  3. Bina team yang betul dengan segera, baru kita dapat tinggalkan bisnes dengan segera. Baru lebih banyak duit dapat dibuat.

 

Rupanya ilmu pengurusan itu diajar dengan bahasa-bahasa teori untuk pelajar-pelajar universiti.

Kalau ada pun kelas-kelas pengurusan, ianya diajarkan dalam bahasa Inggeris. Di situ menyebabkan ramai pemilik bisnes mengalami kesukaran belajar tentang pengurusan. Kita ambil inisiatif ini untuk membuat program pengurusan bisnes dalam bahasa Melayu. Kami bermula dengan “Seminar My Document” yang mengajar tentang ilmu-ilmu pengurusan.

 

GURU TEKNIKAL DAN OPERASI

Tuan Abdul Basit ada menceritakan sedikit mengenai pengalaman beliau bilamana berjumpa dengan guru teknikal dan operasi.

“Kerap sekali saya jumpa orang yang buat bisnes tapi tidak ada guru dalam industri dia sendiri. Justeru kerana itu, dia tergedek-gedek mencari-cari formula. Buat macam-macam tapi tak jadi-jadi kerana tidak ada guru dalam industri.

Bila saya nekad buat keputusan untuk membangunkan Byond Success, saya menyedari bahawa saya bukan seorang speaker yang bagus. Saya sedar saya bukan seorang pelatih dan bukan seorang public speaker yang bagus. Maka saya cari guru dalam industri saya sendiri.

Daripada hasrat yang tinggi itu, bertemulah saya dengan Dato’ Roslan Abdul Hamid. Guru public speaking. Maka beliaulah orang yang mengeluarkan potensi sebenar saya dalam pengucapan awam. Beliau mengajar saya bagaimana melontarkan suara dengan betul. Beliau mengajar saya bagaimana menguasai pentas dengan betul. Beliau mengajar saya menguasai ilmu di dunia pementasan. Bagaimana menjadi pelakon yang hebat dan pementas yang hebat di atas pentas.”

Guru teknikal dan operasi adalah guru industri yang kita sendiri sedang ceburi. Ianya adalah guru jika kita sedang buat bisnes, dialah antara orang yang mengajar dari segi aspek teknikal dan segala pantang larang. Dialah orang yang mengajar aspek mana yang salah dan silap.

Dia juga yang mengajar segala mengenai kesilapan dan kekuatan. Perkara penting yang perlu dibetulkan, dimana yang perlu dibatalkan, apa yang perlu dibaiki semula, sistem apa yang perlu diolah dalam aspek dunia industri itu sendiri.

Seandainya seseorang itu terlibat dalam bisnes kek atau kedai kek sebagai contoh, Guru teknikal dan operasi dia haruslah guru yang dalam industri yang sama. Orang yang sudah buat kedai kek juga. Orang yang sudah pun berjaya. Sudah mengajar orang lain dan orang lain pun turut berjaya. Pada masa yang sama, dia sudi mengajar kita di dalam industri itu.

Sama juga jika orang dalam industri, baju, tudung dan seumpamanya. Dia mesti ada guru yang dalam bisnes baju dan tudung juga. Orang yang membimbing kita itu mesti tahu selok belok tentang dunia tudung itu sendiri. Selok belok dunia fesyen itu sendiri.

 

1

 

GURU AGAMA DAN KEROHANIAN

Guru agama dan kerohanian adalah guru yang sentiasa ingatkan kita tentang Tuhan. Manusia itu ada jiwa. Jiwa bertuhan itu perlu disuburkan dengan rasa bertuhan. Mengapa perlu ada guru agama dan kerohanian?

Manusia yang tidak ada agama dan tidak dilatih rohaninya ianya akan mudah lemah. Orang yang kuat agama dan kuat rohaninya akan kuat jiwanya. Bagi Tuan Abdul Basit, ayah beliau adalah guru agama dan kerohaniannya. Kita perlukan orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada pentingnya tahajudnya, tentang sedekahnya, tentang amalan-amalan yang baik.

Kita lihat ada beberapa speaker menjadi tokoh-tokoh dalam dunia pengucapan awam, orang boleh menghayati setiap patah yang mereka katakan. Orang-orang yang mendengar seolah-olah terbang tinggi di khayalan mendengar pidato mereka. Kenapa boleh sedemikian rupa?

Ini kerana bila manusia itu rohnya diisi, maka kata-katanya juga akan terisi. Dibantu oleh roh Islam. Roh ketuhanan itu sendiri yang ada rasa bertuhan. Jika kita semakin tunduk ke bumi, bila kita minta dengan Tuhan, segala isi dunia akan datang pada diri kita.

Sekarang ini, siapakah guru agama dan rohani kita?

Kalau kita mengejar dunia, lupa dengan bekalan untuk kita bila kita sudah tiada. Saranan terbaik adalah mula mencari guru rohani anda. Jika di dalam bisnes, kita tak boleh main-main. Ilmu agama juga jangan main-main.

Kalau kita bercakap menggunakan akal, akan sampai di akal juga. Bila kita bercakap dan mengagungkan akal kita ini hebat, maka akal orang yang mendengar juga mungkin akan menyangkal dengan akalnya.

Jika seandainya kita menyampaikan dari hati, maka hati-hati yang lain juga mudah terima. Bila hati terima akan berpautlah hati dan datang keberkatan. Ini pentingnya ilmu agama, supaya mereka menyedari betapa agama itu sendiri tidak pernah main-main. Kita yang banyak main-main dengan agama.

Ini empat prinsip guru ini yang wajib kita miliki. Kalau belum ada, cari sekarang jika kita mahu bisnes kita berkembang maju. Semoga artikel kali ini dapat membantu anda bahawan kejayaan dibentuk oleh acuan guru.

About byond

Check Also

BAGAIMANA MENGIKLANKAN PEKERJA DAN DI MANA MEREKA BERADA

    “Pasukan Itu Terbina Daripada Beberapa Sebilangan Individu Yang Saling Memberi Dan Menerima”   …