Home / Uncategorized / “PENGALAMAN MAHAL DARI FOUNDER BYOND SUCCESS TUAN ABDUL BASIT”

“PENGALAMAN MAHAL DARI FOUNDER BYOND SUCCESS TUAN ABDUL BASIT”

 

13729088_1352397321441923_2578545030856762258_n

 

Tuan Abdul Basit founder kepada syarikat Byond Success Sdn Bhd sebelum beliau mencipta legasi di dalam dunia pengurusan bisnes dan dokumentasi pernah mengalami situasi yang begitu sukar sekali. Beliau menceritakan beberapa cebisan memorinya ketika di sesi interview beliau.

 

“Ya saya masih ingat lagi dimana saya pernah merasai peritnya bekerja seorang diri. Ramai orang menghina saya.

“Basit kalau setakat berniaga jual baju ini, boleh cari makan ke? Sampai bila mahu bersusah berniaga macam ini, cuba tengok orang itu belajar tinggi. Kerja dengan orang, senang saja hidup mereka sekarang.”

Saya tunduk melihat ke lantai sambil memeluk timbunan baju di atas motor yang dibawa untuk di hantar ke pelanggan, gaya tak ubah seperti orang Bangladesh yang jual karpet.

 

basit-1

 

“Saya ada impian, tidak mengapalah saya bersusah dahulu.” jawab saya , suara pun macam tak berapa nak keluar sahaja.

Hati ini mahu menangis sahaja, Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya bila kita dihina kerana usaha kita diperlekeh.

Ada orang kata lagi, “Perniagaan ini bukan ada jaminan pun, ramai saja kawan-kawan aku yang berniaga ini sudah lingkup. Hutang keliling pinggang, hidup tak menentu. Tak guna kau belajar tinggi kalau setakat nak berniaga macam ini sahaja.”

“Kalau setakat nak berniaga macam ini, angkut barang dan hantar barang lepas itu tak ikut masa, orang tak sekolah pun boleh buat Basit.” sambung kata-kata mereka.

Saya bermonolog sendiri pada waktu itu, “Betulkah apa yang aku buat ini, kata nak jadi jutawan. Tapi buat kerja separuh mati, hasil pun tak nampak lagi.”

Teringat pesan arwah mak, “Basit, nanti tolong ummi jagakan adik-adik bila ummi dah tiada nanti. Basit kena bela nasib keluarga kita, jangan bagi keluarga kita dihina lagi.. Biar kita susah, tapi jangan kita meminta-minta. Biar kita tidak makan, tapi jangan susahkan hidup orang lain.”

Saya minta izin pada kenalan mahu sambung kerja, ketika berpaling daripada orang yang mencaci saya. Lalu disitu, saya menangis sepuasnya dan berkata-kata baik pada diri sendiri,

“Saya percaya saat kejayaan itu akan tiba tak lama lagi. Ummi, Basit akan laksanakan janji Basit pada Ummi.”

basit-2

 

 

Saya membawa motor berlalu di dalam hujan, tanpa disedari deraian air mata saya mengalir seorang diri. Ya Allah, hebatnya dugaanMu.

Semenjak itu, saya menyedari di antara cara lain paling cepat untuk berjaya adalah dengan memilih rakan kongsi yang betul.  Saya tidak mahu bekerja seorang diri. Saya perlu ada orang back-up saya dan bantu saya dalam bisnes.

Dengan siapa menjadi rakan kongsi akan mempengaruhi cara berfikir serta cara kita bertindak. Jika ingin berjaya walaupun ianya adalah pilihan, kita tetap harus memilih rakan kongsi yang betul di dalam perjalanan hidup kita.

Justeru, itulah saya dan team menubuhkan Byond Success Sdn Bhd.

Ini kerana saya sudah membayar cukup banyak cukai kebodohan sebelum ini. Saya buat begini supaya orang ramai tidak perlu lagi membayar cukai kebodohan yang cukup tinggi seperti saya dulu.

Maka lahirlah program Seminar My Documents khusus membantu pemilik bisnes untuk memahami aspek urus bisnes dengan mudah. Fahami beberapa undang-undang yang pemilik bisnes terlepas pandang. Tujuan untuk menguruskan bisnes dan syarikat anda. Dan untuk beritahu pembaca bahawa ilmu buat duit tidak sekali – kali sama dengan ilmu urus duit.

Jangan buat bisnes sebab kita ada duit. Perkara pertama yang perlu kita buat ialah cari ilmu bagaimana nak buat bisnes, cari ilmu bagaimana nak urus bisnes.”

Setelah usai sesi interview tersebut, beliau memberikan kunci atau pesanan pada semua yang mahu mulakan bisnes. Kata beliau,

“Kata kunci pertama sebelum kita nak buat bisnes adalah belajar ilmu buat duit dan ilmu urus bisnes.”

Semoga artikel sesi kali ini dapat meningkatkan inspirasi anda untuk terbang lebih tinggi.

About byond

Check Also

PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI EKONOMI 2018

    Apabila ditanya adakah Malaysia sudah mengalami kegawatan ekonomi yang ditujukan soalannya kepada Profesor Dr …