Home / Tips Bisnes / PERKARA PENTING PERLU TAHU SEBELUM MEMBINA SYARIKAT – PART 2

PERKARA PENTING PERLU TAHU SEBELUM MEMBINA SYARIKAT – PART 2

 

company-construction-3

 

 

“Kita buat bisnes tapi rugi.”
Orang selalu kira kos dan pusing modal tetapi tak tahu berapa overhead wajib keluar setiap bulan. Tidak menyimpan budget yang sepatutnya. Main keluar saja duit itu.  Lepas itu bisnes kita tak untung-untung, kita terlupa bahawa ilmu dan duit amat berkait rapat.

 

Ilmu dan duit ini amat berkait rapat. Kalau tak pandai mengira kos, khuatir duit itu sendiri akan lari daripada kita. Manakala kalau tak ada ilmu untuk bisnes, bagaimana pula nak bawa masuk duit?

Bila tidak ada duit masuk, bagaimana nak membina syarikat dan mengembangkannya?

Oleh itu, artikel ini akan terus berkongsi beberapa jalan untuk membantu anda meneruskan perniagaan dan bersiap sedia untuk kemungkinan membina syarikat pada masa akan datang.

 

 

 

#PERTAMA: TINGKATKAN ILMU

Ketika di salah satu program kami Seminar My Document, satu program yang menceritakan bagaimana Byond Success membantu para peserta menguruskan syarikat mereka menjadi lebih bersistematik. Ada seorang peserta bertanyakan soalan.

“Saya dah buat bisnes dan dah ada ilmu bisnes, sekarang ini saya perlu dapatkan modal duit untuk bisnes tersebut. Bagaimana saya mahu dapatkan modal duit?”

Ramai yang salah faham, duit menjadi ukuran dalam bisnes berkembang.

“Sebab duit ada,baru boleh ambil pekerja.”

“Sebab duit ada baru boleh nak tambah stok.”

“Sebab duit ada baru boleh nak masuk lebih banyak kelas bisnes.”

Jika duit menjadi sandaran dalam semua perkara, sebab itu bisnes yang dibina mudah jatuh. Kita jangan buat sesuatu perkara hanya kerana kita ada DUIT, tapi buat bila kita tahu dan ada ilmu tentang perkara tersebut.

Melalui ilmu kita ambil pekerja yang betul dan mereka yang bawa duit masuk. Bila duit bertambah, gaji mereka boleh di bayar. Daripada situ kita dapatkan kepercayaan pembekal untuk berikan kredit dan stok kita bertambah. Bukan sebab kita berduit, sebab pembekal percaya dengan ilmu dan pengalaman yang kita ada.

Pada masa yang sama kita tahu di mana ada kelas bisnes, masuk dahulu kelas yang percuma dan yang mampu.

Sudah ada ilmu, duit baru datang kepada kita. Bila sudah ada duit, baru kita meningkatkan diri kita belajar ilmu pengiraan duit. Supaya pengurusan duit cantik macam sungai.

Waktu ini kita boleh pilih mana-mana program ilmu berkualiti tinggi yang ada. Paling penting adalah supaya tidak terperangkap dengan kebodohan.

Jawapannya, adalah kita perlu terus tingkatkan ilmu.Kita berbisnes bukan sebab kita ada duit, tapi sebab ilmu yang kita ada. Byond Success Sdn Bhd bangkit semula selepas founder Tuan Abdul Basit telah jatuh dalam beberapa pengalaman bisnes, berbekalkan ilmu yang telah digarap dalam syarikat.

Duit datang kemudian. Faham itu dulu.

 

#KEDUA: ILMU HUMAN RESOURCE (HR)

“Pekerja lari. Tak boleh stay lama!”

Apakah puncanya?

 

Pengurusan pekerja kita tidak mantap. Dalami segera ilmu HR atau Human Resource untuk kepung pekerja semua supaya tak mudah keluar sewenang-wenangnya.

TIngkatkan motivasi, benefit syarikat lihat balik. Apakah manfaat pekerja-pekerja jika bersama kita. Kita perlu terangkan sebaik-baiknya supaya mereka faham apa yang mereka perlu buat dan paling penting apa nilai mereka akan perolehi.

Tetapkan career path pekerja jika mahu bina syarikat melalui KPI yang mereka mesti capai. Bagi mereka nampak. Barulah mereka duduk lama bersama kita.

 

APAKAH ITU CAREER PATH?

Career path itu adalah tangga kerjaya. Contoh, bermula sebagai pembantu, pengurus, pengurus cawangan dan akhirnya menjadi pengarah syarikat. Beri mereka nampak dimana mereka 5 tahun akan datang kalau mereka bersama kita.

 

IKUTI 3 TIPS DI BAWAH INI:

 

  1. Wajib adakan mesyuarat.

Paling terbaik adalah mesyuarat setiap department dalam syarikat, biasanya dibuat setiap minggu.

  • Kalau tidak dapat setiap minggu, minima sekali sebulan.
  • Kalau mesyuarat tidak dapat dijalankan, jangan tanya mengapa syarikat kita kelam kabut sekarang ini.
  • Daripada mesyuarat ini, segala masalah dan perkembangan pekerja kita dapat monitor.

 

 

 

  1. Tentukan KPI (Key Performance Indicator) setiap team.
  • Setiap team ada KPI mereka bekerja, supaya masing-masing tidak syok sendiri.
  • Macam mana nak tentukan KPI, tentukan berdasarkan kekuatan masing-masing.
  • Dengan dapat tahu KPI mereka, barulah bakat dan skil mereka dapat dibangunkan.

 

  1. Siapkan SOP (Standard Operation Procedure) segera.

 

  • Setiap department (ada 6 department wajib) dalam pengurusan, wajib bangunkan SOP. Boleh hadir di program Byond Success iaitu Seminar My Documents untuk belajar tentang semua department ini.
  • Tiada lagi alasan, tidak tahu atau tidak ada masa. Kalau bagi alasan juga, bermaksud kita memang mahu syarikat kita ada masalah.
  • Pekerja akan keluar masuk, jadi sebagai pemilik bisnes kalau tidak ada SOP bagaimana mahu tahu progress syarikat.
  • Pembangunan SOP adalah perkara yang tidak terhenti. Ianya berterusan dan sentiasa perlu ditambah baik. Tanda syarikat kita makin berkembang, SOP juga turut bertambah.

 

Jika kita perasan, semua ini hanya dapat dilaksanakan bila ada team. Seorang diri perkara ini tidak dapat dilaksanakan, kerana pembangunan syarikat melibatkan usaha bersama bukan usaha sendiri. Mula teguhkan ilmu human resource kita sebelum membina syarikat.

#KETIGA: ILMU MENGURUS HUTANG

“Hutang banyak. Dikejar-kejar bank sampai penghujung. Stress bukan main lagi. Macamana nak selesaikan masalah ini?”

 

Hutang adalah diantara perangkap dan jerat besar untuk semua pemilik bisnes di luar sana. Hutang boleh membuatkan hubungan keluarga jadi retak, rakan baik jadi musuh. Lagi parah yang berhutang lebih emosi berbanding yang memberi hutang.

 

Sebelum kita mahu membuka syarikat, sebelum itu kita mesti belajar cara mengurus hutang itu sendiri.

Pemilik bisnes perlu tahu beberapa panduan dalam mengurus hutang. Perkara pertama perlu buat adalah SENARAIKAN SEMUA HUTANG.

 

Kedua , hutang peribadi vs bisnes. Ianya perlu DIASINGKAN.

 

Jangan bercampur aduk. Pening nanti. Hutang keluarga selesaikan dulu. Hutang bank pergi minta restructure semula dengan pihak bank. Komited bayar, jangan lari dan jangan tak angkat call.

 

 

 

Diantara jalan-jalan keluar bagi perangkap hutang ini seperti:

 

Tips ini adalah pada yang mempunyai hutang.

  1. Jangan tutup telefon atau tidak angkat panggilan pemberi hutang.
  2. Sediakan jadual bayar balik hutang, buat jumlah yang mampu dibayar setiap bulan.
  3. Jika tidak mampu bayar ikut jadual, minta bayarkan ikut mingguan supaya jumlah lebih kecil.
  4. Jangan sesekali kita marah dengan pemberi hutang, kerana memang kita layak dimarahi kerana tidak bayar hutang.

 

Pemberi hutang bukan marah sebab kita tidak bayar hutang tetapi kerana kita tidak bertanggungjawab dengan hutang yang telah kita buat. Semoga artikel bahagian kedua mengenai beberapa perkara penting yang perlu diketahui dahulu sebelum membina syarikat ini, dapat membantu semua pemilik bisnes untuk lebih bersiap sedia.

About byond

Check Also

“KEJAYAAN DIBENTUK OLEH ACUAN GURU”

“Kenapa nak memilih jalan jauh sedangkan ada jalan yang lebih cepat iaitu dengan memiliki guru …