Home / Tips Bisnes / PERKARA PENTING PERLU TAHU SEBELUM MEMBINA SYARIKAT

PERKARA PENTING PERLU TAHU SEBELUM MEMBINA SYARIKAT

 

company-construction

 

Berbisnes itu mudah sebenarnya, namun yang susah adalah cara kita memahami gerak kerja dalam perniagaan itu sendiri. Contoh mengurus syarikat, mengambil pekerja yang betul dan meletakkan mereka di tempat yang betul dengan kemahiran dan kelebihan yang mereka ada.

Didalam berbisnes, ada beberapa nilai dan perkara yang mungkin bertentangan dengan konsep anda dalam mengenai bisnes yang kami bawa.

Namun, ianya adalah apa yang berada dalam dunia realiti dunia bisnes. Zaman sekarang, keperluan untuk menjana pendapatan bisnes semakin tinggi. Ianya skop yang berbeza dengan dulu. Dengan drastiknya perubahan teknologi dan desakan ekonomi, menyebabkan ramai orang mencuba-cuba dalam bisnes sehingga terlupa tanggungjawab yang akan dipikul dan perangkap yang ada dalam dunia gelap perniagaan.

Antara contoh mudah adalah, bagaimana nak agihkan tugas supaya bisnes tidak serabut. Bagaimana mahu mengurus syarikat dan mengatasi bila pekerja lari, perangkap hutang dan seumpamanya.

Semua ini perlu ilmu untuk dihadapi.

 

Jadi tuntutan tanggungjawab, skop mindset bisnes dan tindakan mungkin sedikit berbeza yang sedia ada sebelum ini dilihat perlukan sentuhan cara baru yang lebih berkesan.

Oleh itu, artikel ini akan berkongsi beberapa jalan untuk membantu anda meneruskan perniagaan dan bersiap sedia untuk kemungkinan pada masa hadapan.

 

#PERTAMA: LEVERAGE

“Kuasa ‘leverage’ itu mampu membuatkan kita betapa pentingnya ambil pekerja dan agihkan tugas!”

Masalah sekarang, ramai pemilik bisnes buat semua kerja seorang-seorang. Buat kerja sampai tak cukup tangan. Buat kerja sampai tak sempat pergi hospital ketika sakit. Tak sempat rehat. Tak sempat bercuti, melancong, melepak bersama keluarga. Mengapa?

Sebab tidak ada kuasa leverage. Pembahagian tugas diabaikan, dan akhirnya kita sebagai pemilik bisnes kepenatan.

“Kejayaan bisnes kita bukan sebab kita yang mulakan, tapi siapa yang bekerja bersama dengan kita”

Justeru itu bina pasukan segera , baru kejayaan akan kejar kita. Ilmu bersyarikat tidak mengajar kita bekerja seorang diri, ianya adalah kerja berpasukan.

 

“Arghh! Mengapa orang lain buat menjadi, mengapa aku tidak?”

Jika dialog sebegini bermain-main dalam kepala kita. Sudah masanya untuk kita perbaiki cara berbisnes kita. Ramai yang tertanya-tanya kenapa orang lain buat bisnes jadi, mengapa sampai kita tidak menjadi?

Namun ramai yang tidak sedar, bahawa sebenarnya cara mereka berbisnes yang perlu diperbaiki. Ramai di luar sana yang susah dengan cara kerja ‘bekerja sendiri.’

Tidak salah bekerja sendiri di peringkat awal, namun adalah kesilapan besar jika kita selesa dengan bekerja sendiri. Jika kita tidak mahu berubah, jangan bertanya-tanya mengapa kehidupan kita ditentukan oleh orang lain. Diantara kesilapan kita,

 

SUKA HATI
“Bisnes ini aku punya, suka hati nak buat apa sahaja.” Paling ketara sekali nak bisnes ikut emosi.

Waktu duit masuk, bermalasan. Waktu tidak ada duit, baru sibuk mahu cari duit. Oh manusia! Suka hati nak keluarkan duit dalam akaun kerana bisnes ini kita punya. Duit bisnes duit kita. Justeru sebab itu duit selalu tidak ada.

Suka hati nak tukar-tukar bisnes, rasa macam tak best sikit terus tukar bisnes.

Mengapa perkara sedemikian berlaku?

“Suka hatilah dah bisnes itu kita punya.” Itulah jawapan orang yang terperangkap.

Beranikan diri untuk ambil dulu seorang untuk membantu kita. Belajar berkongsi rezeki dengan team kita. Selagi anda tidak rasa dan lalui proses mahu leverage ini, selagi itu bisnes kita tidak boleh berkembang.

 

 

#KEDUA: URUS DUIT

“Duit tak ada, sales macam banyak tapi hakikatnya tak ada duit.”

Pasti ramai yang melalui situasi sedemikian bukan?

Antara perkara yang memeningkan kepala ramai pemilik bisnes ialah cara menguruskan duit jualan. Baru kita sedar pentingnya belajar urus duit, berbanding sekadar buat duit. Pegang peraturan bisnes ini,

“Buat sejuta mudah, nak mengekalkan sejuta dalam sejuta itu jauh lebih sukar.”

Antara perkara yang memeningkan kepala ramai pemilik bisnes ialah cara menguruskan duit jualan.

√ Bagaimana membayar gaji beserta KWSP & SOCSO.

√ Bagaimana menguruskan pembayaran utiliti.

√ Mengasingkan duit syarikat dan duit personal.

√ Bila masa yang sesuai kutip hutang dan bilakah waktu – waktu yang tidak digalakkan untuk keluarkan duit.

Cerita mengenai Tuan Abdul Basit yang sudah mula diajar menyimpan duit ketika masih berusia 4 tahun, paling ketara adalah masa menyimpan waktu sekolah menengah. Waktu itu beliau menyimpan kerana beliau suka tengok jumlah duit di dalam bank.

Seusia 17 tahun, wang simpanan sudah mencecah RM10, 000 hasil keuntungan menjual sosej rebus disekolah. Perkara yang diajarkan kepada beliau ketika itu, “SIMPANAN”. Tuan Abdul Basit konsisten simpan duit di dalam bank.

Setelah berguru dengan beberapa Multi-jutawan, beliau telah belajar ilmu simpanan yang sebenar. Rupa-rupanya, selama ini beliau telah menyimpan dengan cara yang salah.

Patutlah tak kaya kaya.” Tunduk kepala malu.

“Orang biasa menyimpan wang, orang berjaya melabur wang.”

Baru beliau menyedari ilmu cari duit tidak sama dengan ilmu urus duit. Jauh beza.

Ramai yang tahu cari duit, tapi segelintir saja yang tahu urus duit.

Kuncinya simpan duit dan laburkan semula untuk dapatkan ilmu kembangkan bisnes sedia ada. Bagi yang sedang baca ini, tanya pada diri kita semula.

“Berapa simpanan aku dah ada?”

Jika belum, bagaimana kita mahu mengembangkan syarikat?

 

urus-duit

 

#KETIGA: SISTEM REKOD

“Belajar bagaimana urus rekod perniagaan. Ada sistem yang boleh bantu rekod perniagaan kita berkembang menjadi empayer.”

 

Rekod hilang. Tak jumpa bil-bil, tak tahu berapa jualan. Ini juga diantara perangkap pemilik bisnes dalam bisnes mereka sendiri. Seorang pemilik bisnes selain pandai buat jualan seharusnya juga perlu pandai memastikan semua rekod-rekod dan SOP di catatkan.
Semua langkah dan tindakan wajib direkodkan. Tujuannya supaya rekod-rekod tersebut menjadi rujukan kepada pasukan pengurusan yang lain. Jika tidak ada sistem rekod, berteraburlah bisnes atau syarikat kita sendiri.

Diantara sebab mengapa sebuah syarikat itu sukar berkembang adalah kerana sistem syarikat tu sendiri berterabur. Semua bil-bil, DO, LO dan segala jenis
semua bersepah. Over-budget kerana tidak ada simpanan rekod untuk buat bajet.
Paling teruk berangan mahu bangunkan syarikat besar terkubur begitu saja.
Mengapa boleh terjadi sedemikian?

Cuba tengok semula Big Player dalam bisnes, sistem pengurusan syarikat mereka macam mana. Asas dalam sistem pengurusan syarikat ialah sistem pengurusan fail-fail.

 

KENAPA PERLU ADA DOKUMEN DAN REKOD?

Sedang Tuhan menjadikan malaikat untuk mencatit segala perbuatan kita di dunia untuk menentukan NASIB kita di akhirat nanti. Malaikat pun merekod juga.

 

“Begitu juga kita dalam bisnes, dengan adanya rekod dan dokumen. Baru boleh tentukan bisnes kita ini UNTUNG atau RUGI!”

Kalau dalam bisnes kita tiada rekod, jangan tanya mengapa bisnes masih di level yang sama dan tidak berkembang. Malaikat pun ada tugas mencatit, kita?

Tidak semua benda kita boleh ingat, juseteru itu perlu rekod dan dokumen.

Jika sebagai pemilik bisnes tidak sempat buat. Dapatkan orang lain buatkan untuk kita. Justeru itu, pihak Byond Success ada menyediakan kelas spesifik untuk mempelajari mengenai ilmu sistem rekod dan filing. Bertujuan untuk membantu lebih sistematik dalam pengurusan bisnes syarikat mereka.

Laporan daripada semua rekod yang telah dibuat ini, akan membawa anda daripada terus terperangkap dalam bisnes sendiri. Semoga sedikit sebanyak artikel membantu anda untuk bersedia untuk terbang lebih tinggi.

 

filing-system

About byond

Check Also

“KEJAYAAN DIBENTUK OLEH ACUAN GURU”

“Kenapa nak memilih jalan jauh sedangkan ada jalan yang lebih cepat iaitu dengan memiliki guru …