Home / Uncategorized / PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI EKONOMI 2018

PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI EKONOMI 2018

ekonomi

 

 

Apabila ditanya adakah Malaysia sudah mengalami kegawatan ekonomi yang ditujukan soalannya kepada Profesor Dr Hoo Ke Ping seorang pakar penganalisa politik dan ekonomi?

Jawapan Prof Dr Hoo Ke Ping,

“Belum lagi tetapi kita ke arah permulaan kegawatan ekonomi iaitu kita dalam putaran menurun dalam circle ekonomi.”

Kita dapat lihat tanda-tanda bakal kemerosoton ekonomi bilamana diperjelaskan bahawa Ringgit Malaysia terus jatuh merudum. Bahkan, bursa saham Malaysia merosot. Harga minyak dunia menjunam turun US$51 setong dan akan terus menjunam tidak akan naik lagi untuk tempoh yang lama sekurang-kurangnya 3 hingga ke 5 tahun daripada sekarang.

 

 

tsunami

 

 

Sekaligus nilai dan aset terus menurun. Pendapatan Petronas merosot sekaligus mengurangkan lagi pendapatan kerajaan pada tahun sekitar 20 peratus -30 peratus. Sebahagian tandanya lagi adalah pendapatan dan kewangan kerajaan Malaysia “sudah lari jauh” dek kerana berpaksikan pendapatan harga minyak pada purata US$110 untuk tahun 2015. Sekarang berapa harga minyak dunia?

 

Harga sawit tidak berada pada paras rendah dan tidak akan lagi mencecah RM2,600 setan apatah lagi RM4,000 setan. Ini kerana era ekonomi “super cycle commodity” sudah lama berlalu, tidak akan terjadi lagi. Maka FELDA pasti akan susah hati.

 

Ini kerana di era kenaikan nilai harga sawit, ekonomi China melonjak, nilai Dolar Amerika turun, masa itu juga kebanyakan komoditi naik dek kerana bekalan tidak mencukupi sehingga 2008. Ditambah dengan tindakan George W Bush yang lepas kerana telah memberikan lebih banyak subsidi untuk tanaman jagung untuk penghasilan etanol sehingga menyebabkan bekalan soya bean berkurang. Akhirnya minyak sawit terus melonjak naik.

 

Tetapi sekarang, bekalan soya bean telah mula meningkat naik sehingga menyaingi harga minyak sawit. Semua turun, turun dan merosot. Ini bermakna pendapatan kerajaan akan turut berkurang. Berbanding sekitar kegawatan ekonomi yang teruk melanda negara-negara Asia termasuk Malaysia pada 1997 yang mana pada ketika itu :

 

  • Pertumbuhan ekonomi negatif 7 peratus
  • Bajet kerajaan banyak dipotong
  • Kadar pinjaman yang dikenakan sehingga 13 peratus. Zero.
  • Selama tempoh 6 bulan berturut-turut, tiada kegiatan ekonomi berlaku.
  • Ringgit Malaysia berada pada paras sekitar RM4.50 dan pernah mencecah RM5.00 untuk setiap dolar Amerika pada satu ketika.

Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan kejatuhan ringgit Malaysia yang berlegar RM3.58 untuk setiap Dolar Amerika pada hari ini hanyalah permulaan sahaja. Ini kerana ia akan terus jatuh lebih teruk daripada sekarang ini iaitu sekitar RM3.80 untuk setiap Dolar Amerika dan RM3 untuk setiap Dolar Singapura untuk tempoh 6 hingga 10 bulan daripada sekarang. Ianya berlaku diatas faktor luar yang tidak terkawal sekarang ini.

Bagi pengetahuan pembaca, ekonomi Malaysia bahkan ekonomi dunia sekalipun ada kitaran dan pusingan turun naiknya. Sejarah kemelesatan ekonomi Malaysia bermula sejak tahun 1960 lagi. Semuanya ada sebab dan punca tertentu.

Tahun Punca Kemelesetan Ekonomi 1960 Hingga 2018
1960 an Kejatuhan harga getah dunia
1967 Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia
1970 an Kejatuhan sekali lagi harga getah dunia
1980 an Aliran keluar dana dari pasaran Malaysia dan juga kejatuhan pasaran hartanah Malaysia
1990 an Serangan matawang Malaysia
2008 Hampir-hampir terjerumus ke arah kemelesetan ekonomi tetapi Malaysia berjaya mengatasinya dnegan pantas
2018 Kemelesetan ekonomi yang diramal Prof Hoo Ke Ping dikatakan akan memberikan kesan kepada semua sektor penting di Malaysia

 

Daripada kemerosotan ekonomi yang bakal mendatang ini, apakah persediaan kita untuk menghadapi situasi tsunami ekonomi dijangka pada tahun 2018 ini?

.

.

.

Langkah-langkah persediaan yang Prof Hoo Ke Ping dan beberapa orang yang mempunyai kepakaran sudut ekonomi dan kewangan Malaysia seperti Azizi Ali, Zaid Mohamad menyarankan pada warga rakyat Malaysia terutamanya pada golongan muda adalah seperti di bawah yang berikut:

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN

  • Berjimat cermatlah ketika berbelanja terutamanya pelbagai tawaran diskaun dan YES atau dipanggil sebagai Year End Sale.”
  • Tinggalkan tabiat berbelanja barangan yang bukan keperluan dan boros berbelanja pada tahun-tahun seterusnya.
  • Elakkan menambah hutang kerana kadar faedah pinjaman bank akan naik tidak lama lagi. Dijangkakan kadar faedah mesti akan naik lagi.
  • Beli unit hartanah apabila ekonomi semakin bertambah baik bukan pada ketika Malaysia ke arah kegawatan ekonomi.
  • Sebaik menerima gaji bulanan, pastikan anda menyimpan sebahagian daripadanya. Ia dikira sebagai membayar diri anda sendiri. Tidak kira sama ada gaji anda kecil atau besar, pastikan sekurang-kurangnya 10 peratus daripadanya di simpan dalam akaun seperti Amanah Saham.
  • Beli yg berkualiti walaupun mahal sedikit sebab kadangkala mahalnya 50% tapi boleh tahan lama 200%.
  • Cari jalan uutk bergembira tanpa wang – pergi piknik, makan di rumah, bermain dengan anak-anak, bersiar di sekitar taman perumahan.
  • Lebih baik DIY ( buat sendiri ) dari membeli (birthday parti, hiasan rumah, belajarlah menjahit, beli barang servis kereta dari kedai spare parts bukannya workshop)
  • Isytiharkan perang ke atas pembaziran (makan sebelum lapar, membeli atas keperluan bukannya menunjuk-nunjuk, jauhkan buffet hotel)
  • Berhati-hati dengan kos tersembunyi sepert interest kad kredit & ansuran.

.

.

.

“Dalam mendapatkan wang yang lebih, seseorang perlu menguruskan kewangannya dengan bijak. Untuk menguruskan kewangan yang bijak, dia perlu belajar kerana ini bukanlah lahir dengan sendirinya.”

Kata-kata Azizi Ali Perunding Kewangan dan Penulis Buku

Daripada saranan Tuan Azizi Ali, ternyata pengurusan kewangan samada dari sudut pekerjaan atau perniagaan amat diperlukan untuk terus stabil di sudut ekonomi Malaysia walaupun mungkin dalam situasi kemerosotan ekonomi.

Justeru kerana itu, Byond Success telah menyediakan beberapa program seperti Seminar My Document untuk menjelaskan kepentingan mengurus wang dalam syarikat itu sendiri.

Sedikit sebanyak semoga artikel ini dapat membantu anda dari sudut persediaan menghadapi badai tsunami ekonomi 2018 yang bakal menjelang.

 

Rujukan artikel:

http://www.beritasemasa.com.my/sejarah-kemelesetan-ekonomi-malaysia

http://www.beritasemasa.com.my/prof-dr-hoo-ke-ping-kegawatan-ekonomi-malaysia

https://uruswang.wordpress.com/category/azizi-ali/

http://haryatidulbahri.blogspot.my/2015/04/10-tips-kewangan-keluarga-dari-zaid.html

About byond

Check Also

“PENGALAMAN MAHAL DARI FOUNDER BYOND SUCCESS TUAN ABDUL BASIT”

    Tuan Abdul Basit founder kepada syarikat Byond Success Sdn Bhd sebelum beliau mencipta …