Semakin berkembang sesebuah bisnes, semakin ramai pekerja yang kita perlukan.
Bila kita hire lebih ramai pekerja, sememangnya kos overhead akan bertambah, tetapi pulangannya juga akan bertambah.
Ambil istilah pekerja ini, seperti istilah anak.
Orang kata, anak bawa rezeki dalam keluarga. Begitu juga dengan pekerja, mereka bawa rezeki dalam syarikat.
Namun, ramai majikan hanya memandang kos yang mereka keluarkan akan meningkat.
Bukan melihat pulangan dan bagaimana pekerja akan membawa lebih banyak jualan dalam syarikat.
Kadang-kadang ada juga yang keliru, nak ambil pekerja full time ke, ambil part time ke, ambil pekerja kontrak ke, atau pelajar praktikal?
Mana yang lebih baik dan “jimat kos”?
Majikan mana yang nak tambah kos dan rugi macam tu je.
Sebelum anda nak ire pekerja, nak decide pekerja full time ke, kontrak ke, apa kata anda faham dulu “komitmen” anda sebagai majikan untuk ambil pekerja ini.
Pekerja Full Time/ Sepenuh Masa
Jika anda perlukan pekerja yang berkomited tinggi untuk fokus dalam kerja mereka, yes anda perlukan pekerja full time.
Apabila anda hire pekerja full time, gaji pekerja anda akan tertakluk kepada Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) minima sebanyak RM 1000 sebulan.
Segala tugasan yang perlu pekerja lakukan haruslah didokumenkan secara bertulis dengan jelas dalam surat tawaran kerja.
Apa posisi pekerjaan mereka, apa deskripsi kerja (job description) mereka, perlu dinyatakan.
Pekerja full time juga layak mendapatkan bonus atau intensif syarikat daripada keuntungan yang syarikat peroleh.
Dari segi waktu bekerja, mereka tertakluk kepada Akta Pekerja 1955, maximum 48 jam waktu bekerja seminggu, dimana bekerja 8 jam sehari bersama 1 jam rehat, mengikut waktu operasi syarikat yang telah ditetapkan.
Begitu juga dengan cuti tahunan mereka dibawah akta yang sama iaitu minima sebanyak 11 hari cuti.
Anda boleh klik sini untuk tahu cuti wajib apa yang termaktub dalam Akta Pekerja 1955.
Bagaimana dengan “annual leave”?
Untuk annual leave, ia bergantung kepada berapa lama seseorang pekerja itu berkhidmat dengan anda.
Untuk pekerja yang bekerja di bawah 2 tahun: 8 hari cuti setahun
Untuk pekerja yang bekerja lebih daripada 2 tahun, kurang dari 5 tahun : 12 hari cuti setahun
Untuk pekerja yang bekerja lebih daripada 5 tahun : 16 hari cuti setahun
Untuk pekerja full time yang ingin berhenti kerja, mereka perlu menyediakan surat sebagai notis berhenti sebulan atau menggantikan notis tersebut dengan membayar gaji 1 bulan kepada majikan.
Dari segi polisi syarikat seperti waktu bekerja, waktu rehat, cuti tahunan yang dipilih, cuti rehat, tindakan tatatertib, semuanya wajib diikuti oleh pekerja sepenuh masa.
Selalunya sebelum nak hire pekerja sepenuh masa, adalah lebih baik jika anda beri 3-6 bulan tempoh percubaan kepada pekerja tersebut, sebelum diserap menjadi pekerja tetap
Pekerja Part Time
Untuk pekerja part time, mereka masih tertakluk pada gaji minima RM 1000 sebulan, tetapi dari segi waktu bekerja mereka berbeza.
Waktu mereka bekerja maximum adalah 70% daripada waktu pekerja full time bekerja, iaitu dalam anggaran 33-34 jam seminggu.
Manakala gaji mereka masih dicarum KWSP, SIP dan SOCSO seperti pekerja full time.
Masalahnya, ramai majikan buat silap, bila ambil pekerja part time, dengan dokumen takda, bayar gaji upah hari semua ikut suka je.
Jaga-jaga, jika ada yang mengadu syarikat anda berbuat demikian, sedialah membayar cukai kemalasan dan kebodohan kita ke Jabatan Buruh.
Pekerja Kontrak
Jika anda merancang untuk mengambil pekerja untuk satu tempoh masa, mungkin kerana ada pekerja yang cuti bersalin, cuti sakit, atau ambil cuti tanpa gaji pada jangka masa yang lama.
Dari segi gaji, anda masih perlu mengikut kadar gaji minima RM 1000 sebulan, serta dicarum KWSP, SIP dan SOCSO.
Cuma yang bezanya, untuk pekerja kontrak, dalam surat tawaran mereka, anda perlu sertakan tempoh tertentu untuk pekerja tersebut.
Setiap pekerja kontrak ini selalunya kontrak mereka akan disemak semula setiap tahun atau selepas tamat tempoh kontrak, sama ada untuk memberi peluang penerusan atau penamatan berdasarkan prestasi mereka.
Cuti tahunan selalunya sebagai contoh kontrak 6 bulan, mereka akan dapat 4 hari cuti tahunan.
Boleh Ke Saya Ambil Student Praktikal Je Untuk Jimatkan Kos?
Ambil pelajar praktikal sememangnya dapat menjimatkan kos, kerana tiada gaji atau upah minimum yang perlu diberikan, malah tak perlu dicarum oleh mana-mana caruman.
Untuk ambil pelajar praktikal, anda perlu menyediakan surat ‘Pengesahan/Penerimaan Penempatan Latihan Industri” kepada pihak IPTA atau IPTS.
Sebagai majikan, anda mempunyai kuasa dalam membuat aduan, meluluskan atau menggagalkan latihan praktikal pelajar tersebut jika mereka mempunyai masalah tatatertib.
Pastikan calon pelajar yang dipilih berkualiti dan bukan membawa mentaliti semata-mata “untuk cukup syarat praktikal” saja.
Cari mereka yang ingin bina career supaya mereka tak terikat dengan mentaliti mereka hanya student praktikal dan tak penting untuk mereka “usaha lebih” bangunkan syarikat.
Kesimpulannya, tak kiralah anda nak ambil pekerja full time, part time, kontrak atau pelajar praktikal sekalipun, anda perlu tahu apakah procedure untuk ambil mereka.
Dapatkan ilmu hire staff yang terbaiik untuk bisnes anda dengan SOP dan SISTEM di Seminar My Human.
Klik link di bawah untuk dapatkan SOP dan SISTEM HIRE STAFF.
Bagaimana nk track kpi pekerja
Salam Tuan Shamsul,
Tuan boleh rujuk link ini https://byondsuccess.com/bagaimana-nak-set-dan-track-kpi-pekerja/ untuk set KPI pekerja.