Seminar Urus Bisnes (SUB)

Seminar Urus Bisnes

Berdasarkan 'Survey' Terhadap Puluhan Ribu Pemilik Bisnes Yang Telah Kami Di BYOND Lakukan.

Berikut Adalah "5 MASALAH BESAR" Yang Dihadapi Oleh Pemilik Bisnes Di Luar Sana Yang Mungkin Anda Juga Sedang Mempunyai Masalah Tersebut.

Pernah tak terdetik dalam benak fikiran anda, “Sampai bila nak run bisnes tunggang langgang macam ini?”


Terlalu banyak masalah yang pemilik bisnes hadapi hingga menyebabkan ada dalam kalangan kita yang give up dalam berbisnes.


Mengikut hasil kajian kami di BYOND, 70% permasalahan yang berlaku dalam dunia bisnes adalah BUKAN disebabkan oleh masalah Sales dan Marketing semata-mata.


Atas dasar itu, kami ambil inisiatif untuk wujudkan Seminar Urus Bisnes (SUB) ini untuk berkongsi formula sebenar untuk membina sebuah legasi bisnes dengan cara yang betul.


Ini merupakan satu-satunya program di Malaysia yang berkongsi tentang selok belok pengurusan bisnes bermula daripada asas sehinggalah bisnes boleh berkembang maju.


Kami akan kongsikan bagaimana sesebuah bisnes itu mampu mencapai jualan yang luar biasa dan untung berlipat kali ganda hanya dengan menyusun atur kembali struktur bisnes dari aspek pengurusan.


Kami juga akan kongsikan bagaimana cara dan jalan untuk mulakan bisnes daripada kosong hinggalah berjaya menjadi sebuah legasi yang akhirnya mampu membina kekayaan yang boleh diwarisi.

KETAHUI "11 MODUL BERHARGA" YANG AKAN BANTU NAIKKAN SALES SERTA KEMBANGKAN BISNES DENGAN BETUL BERDASARKAN BYOND BUSINESS BLUEPRINT

MODUL 1: TEKNIK ANALISIS MASALAH BISNES
Ramai pemilik bisnes ingat yang bisnes mereka ada masalah sales & marketing sahaja.
Sebenarnya TIDAK! Ada banyak lagi perkara yang perlu anda kuasai.
Setiap bisnes mempunyai masalah yang berbeza. Jika anda salah kenal pasti masalah bisnes anda, maka anda akan ambil tindakan yang salah.
#1
MODUL 2: BLUEPRINT & JOURNEY BISNES BERJAYA
Di seminar “The Game Changer” ini, kami akan kongsikan ‘blueprint’ dan ‘journey’ dunia bisnes sebenar, bagaimana cara kembangkan bisnes dengan proses ‘step-by-step’ yang perlu dilalui.
“Bisnes adalah sebuah perjalanan dan ada proses yang perlu dilalui”
#2
MODUL 3: RAHSIA PENGURUSAN BISNES DENGAN BETUL
Dalam bisnes, ada “6 Aspek Utama” yang perlu anda kuasai.
Jika anda GAGAL menguruskan kesemua aspek ini dengan betul, maka tak pelik jika bisnes anda tidak mampu berkembang dan mungkin boleh gulung tikar.
#3
MODUL 4: FORMULA SETUP TARGET JUALAN
Ramai pemilik bisnes setup target bisnes mereka ikut suka-suka.
“Target nak capai RM10 Juta tahun ini”
Sebenarnya, ada cara dan kiraan sebenar untuk anda setup target dalam bisnes anda.
Dalam bisnes, angka dan data sangat penting.
#4
MODUL 5: STRATEGI CAPAI 1 JUTA PERTAMA DAN SETERUSNYA
Jika anda pemilik bisnes yang masih belum capai RM 1 Juta pertama dalam bisnes anda, strategi ini yang akan kami kongsikan bagi mencapai cita-cita tersebut.
Kami yakin dan percaya, dengan strategi yang akan kami kongsikan ini, mampu naikkan sales bisnes anda yang sedia ada sekarang.
#5
MODUL 6: KUNCI GANDAKAN JUALAN 10X
Dah cuba macam-macam cara, tetapi sales anda tetap stuck di level yang sama sahaja?
Dalam modul 6 ini kami bakal kongsikan dengan anda, kunci kepada 1 teori rahsia yang mampu menggandakan jualan bisnes anda.
#6
MODUL 7: RAHSIA HIRE PEKERJA BERKUALITI
Susahnya nak ‘hire’ pekerja, tak ramai yang mohon untuk bekerja. Sudah ambil bekerja, hasil kerja pula kurang memuaskan.
Jom kami kongsikan rahsia untuk hire pekerja yang berkualiti supaya anda tidak perlu serabut kepala lagi memikirkan masalah pekerja.
#7
MODUL 8: FORMULA LEADERSHIP SKILL USAHAWAN BERKALIBER
Kenapa pekerja susah nak kekal lama bekerja dalam syarikat kita?
Antara faktor utama kenapa perkara ini berlaku ialah “Leadership” anda sebagai pemilik bisnes.
Pembangunan leadership skill ini penting supaya anda mampu menguruskan pekerja dengan baik.

#8

MODUL 9: PRINSIP BINA SIMPANAN SYARIKAT HINGGA 7 ANGKA
Tidak guna kita buat bisnes bertahun-tahun, penat lelah siang dan malam.
Tetapi bisnes kita tidak mampu mempunyai simpanan sehingga 7 angka.
Jom kami kongsikan cara susun duit dengan betul supaya anda berjaya meningkatkan simpanan bisnes dengan pantas.

#9

MODUL 10: KAEDAH PENETAPAN HARGA
Adakah dengan bersaing harga lebih murah bisnes anda mampu kekal lama dalam pasaran?
Anda tak sedar yang sebenarnya anda sedang membunuh bisnes anda sendiri dalam senyap.
Jadi, berapa sepatutnya anda tetapkan harga produk/servis yang anda jual ni?

#10

MODUL 11: CARA PENGIRAAN KOS BISNES SEBENAR
Ramai pemilik bisnes terlepas pandang kos-kos penting dalam bisnes dan menyebabkan kebocoran duit berlaku dalam bisnes anda.
Jom ketahui cara pengiraan kos bisnes sebenar supaya anda nampak dengan jelas bagaimana di mana sebenarnya duit bisnes anda bocor.

#11

Antara Jenama Besar Yang Telah Kami Bantu...

Khas untuk usahawan yang baru memulakan bisnes atau sudah lama berbisnes, ketahui 11 RAHSIA yang akan bantu anda NAIKKAN SALES & KEMBANGKAN BISNES dengan pengurusan yang betul!

Klik butang di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini Seminar Urus Bisnes (SUB).

Featured In

Scroll to Top